Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihak mereka menerima maklumat kejadian tersebut pada pukul 2.05 petang tadi.

“Seramai 23 anggota dan pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan, Batu Lintang dan Petra Jaya digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian, komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan sebuah rumah berstruktur tidak kekal terbakar 100 peratus bagaimanapun api dapat dikawal pada pukul 2.29 petang dan api dipadam sepenuhnya pukul 2.44 petang tadi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini sebentar tadi.

 

Sementara itu, isteri pemilik rumah, Saodah Asma memberitahu, kebakaran itu disedari setelah anaknya memberitahu ada api ketika menonton televisyen.

“Sebaik sahaja melihat api datang dari arah bahagian dapur, saya terus membawa anak-anak keluar dari rumah.

“Ketika kejadian dia bersama empat anaknya dan dua cucu berada di dalam rumah,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE