Dalam kejadian kira-kira pukul 2.04 petang itu, rumah kayu setingkat yang didiami mereka hangus terbakar 100 peratus.

Pemilik rumah, Saodah Asma, 60-an, berkata, kebakaran tersebut disedari anaknya ketika dia bersama cucunya sedang me­nonton rancangan di televisyen.

Menurutnya, jeritan anaknya mengejutkan mereka yang me­nyatakan bahagian dapur rumah terbakar.

“Saya segera membawa anak-anak dan cucu saya keluar kerana api marak begitu cepat menjilat rumah pusaka keluarga kami.

“Tidak boleh kata apa lagi, semua harta benda habis sekelip mata, namun saya bersyukur kera­na kami sekeluarga terselamat,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Penolong Pe­ngarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya me­nerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 2.05 petang.

Menurutnya, seramai 23 anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padu­ngan, BBP Batu Lintang dan BBP Petra Jaya digerakkan ke lokasi kejadian bagi melakukan operasi memadam kebakaran.

“Sebaik tiba di lokasi keja­dian, komander operasi mela­porkan rumah berkenaan telah musnah terbakar 100 peratus dan anggota bomba kemudian mengawal api daripada merebak ke tempat lain.

“Punca kebakaran dan anggaran kerugian akibat kejadian itu masih lagi dalam siasatan," jelasnya.