Video MEDIA SOSIAL

Dalam kejadian yang bermula pada pukul 6.45 petang itu, angin kencang turut merobohkan tingkat atas sebuah bangunan dua tingkat yang dijadikan markas Pas dan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, beberapa dahan pokok juga patah dan jatuh ke atas jalan sehingga menghalang laluan utama di kampung itu.

"Kejadian itu berlaku hampir 45 minit dan enam buah rumah mengalami kerosakan selain tingkat atas bangunan markas Pas roboh namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Pada masa ini, pihak polis, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) serta penduduk setempat masih berada di lokasi untuk membersihkan kawasan," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE