Awang Mamat,60, berkata, dia akan berulang setiap hari dari pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Gelang Mas ke rumahnya di Kampung Kolam untuk memberikan Eting makan.

Menurutnya, selain menghantar makanan dia juga mahu memastikan Eteng berada dalam keadaan sihat.

“Eting banyak jasa kepada saya dan keluarga. Sudah 10 tahun Eting petik kelapa dan duit itulah saya gunakan untuk menyara keluarga.

“Jadi tidak salah saya berkorban demi Eting kerana dia sudah menjadi sebahagian daripada keluarga ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Awang berkata, Eting yang ditambat di beranda rumah turut menjadi penunggu setia rumah sepanjang enam hari banjir melanda Kampung Kolam.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kawasan rumah Awang masih lagi digenangi air Sungai Golok yang masih belum surut sepenuhnya. - UTUSAN ONLINE