Menurut jurucakap Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), kedua-dua mangsa cedera parah dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan selanjutnya.

Kejadian kira-kira pukul 7.20 pagi tadi mengakibatkan lencongan di Jalan Ampang terpaksa dilakukan dan kerja-kerja pembersihan diambil alih Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Terdahulu, seorang lagi mangsa, Ong Chee Fook, 64, yang merupakan seorang pesara tergamam apabila pokok berkenaan turut menghempap keretanya.

"Ketika itu lampu merah dan saya berhenti kerana menunggu lampu. Dalam tidak sedar, tiba-tiba pokok menghempap kereta dan saya seperti agak pening ketika itu," katanya kepada Utusan Online. - UTUSAN ONLINE