Menurut jurucakap Agensi Pertahanan Awam Malaysia, kejadian berlaku kira-kira pukul 9.55 malam ketika tamat separuh masa pertama perlawanan.

Ujarnya, berdasarkan siasatan awal, lelaki berusia 30 an dikatakan memanjat pagar untuk merakam gambar bersama pemain.

“Lelaki itu diselamatkan oleh anggota keselamatan yang bertugas dan dibawa ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan lanjut, “ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Sementara itu, usaha mengeluarkan mangsa mengambil masa hampir 15 minit kerana keadaan fizikal mangsa yang besar sekaligus menarik perhatian ribuan penyokong yang hadir. - UTUSAN ONLINE