Mangsa, Stanley Kho, 22, dijumpai kira-kira pukul 8.40 pagi dalam keadaan lemah.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Tiong Ling Hii berkata, mangsa dijumpai pada jarak 300 meter dari Pos Kawalan Bomba (PKB).

“Namun, laluan dari PKB ke lokasi mangsa perlu mendaki dengan kecuraman 80 darjah.

“Setakat ini, usaha membawa turun mangsa sedang giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Difahamkan, kira-kira pukul 8.10 pagi, beberapa penduduk kampung terdengar orang meminta tolong dan mereka terus memanggil pasukan mencari dan menyelamat (SAR) bagi mendapatkan bantuan.

Pada Isnin lalu, mangsa yang mendaki gunung itu secara bersendirian dilaporkan hilang pada pukul 8.30 pagi keesokannya.

Kehilangan mangsa disedari rakan-rakannya yang ternampak kereta Stanley di kaki gunung berkenaan.

Stanley juga sempat menghubungi rakannya menerusi aplikasi Wechat pukul 10.05 pagi Isnin lalu. - UTUSAN ONLINE