Dalam kejadian pukul 1.15 petang itu, mangsa yang maut adalah pemandu lori tersebutn, Mohd. Noah Musa, 49, akibat cedera anggota badan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintenden Azman Shari’at berkata, kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Nissan Almera berada di lorong tengah yang dalam perjalanan dari arah utara ke Rawang.

"Tiba ditempat kejadian, kereta terbabit telah dilanggar oleh lori tiga tan itu di laluan sama.

"Akibat daripadaperlanggaran tersebut kereta berkenaan terbalik lalu melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda yang berada di lorong kanan.

"Pada masa sama sebuah lori 12 tan melanggar lori yang dipandu Mohd. Noah menyebabkan mangsa maut ditempat kejadian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Azman, mayat Mohd. Noah kemudian dihantar ke Sungai Buloh untuk dibedah siasat dan kes berkenaan disiasat dibawah Seksyen 41 (1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kemalangan tersebut tular dalam media sosial berikutan para pemandu merakamkan kejadian berkenaan di kawasan tersebut.

Menerusi laporan Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi akaun Twitternya memaklumkan, kemalangan itu telah mengakibatkan hampir kesemua lorong terhalang. - UTUSAN ONLINE