Video oleh BASIR ABU BAKAR

Runtuhan kira-kira pukul 5 petang itu melibatkan tingkat tiga bangunan di mana mangsa sedang melakukan kerja pembinaan di situ.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, runtuhan itu menyebabkan struktur binaan di tingkat dua juga runtuh ke tingkat satu dan mangsa yang tidak sempat menyelamatkan diri tertimbus.

“Pihak bomba yang me­nerima panggilan kecemasan menghantar dua jentera masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu dan Hang Tuah ke lokasi kejadian untuk melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Difahamkan, sehingga pu­­kul 10 malam ini pasukan bomba masih berusaha mengeluarkan mayat mangsa.

Sementara itu, TNB dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, runtuhan yang dipercayai melibatkan perancah tapak lantai di tingkat tiga itu berlaku ketika kontraktor sedang melakukan kerja-kerja menuang konkrit di tingkat tersebut.

“Tahap kerosakan akibat runtuhan dan punca kejadian masih dalam siasatan,” jelas kenyataan itu.