Kejadian kira-kira pukul 3.40 pagi itu mengakibatkan kilang berkeluasan 11 meter persegi musnah 100 peratus.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khiruddin Drahman berkata, pihaknya menerima panggi-lan kecemasan pada pukul 3.42 pagi dan sebanyak 31 anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setapak, BBP Wangsa Maju, BBP Keramat dan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, pihak bomba turut menerima bantuan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta pasukan bomba sukarela.

“Kebakaran berjaya dikawal kira-kira pukul 4.17 pagi dan operasi termasuk siasatan oleh pihak forensik tamat pada pukul 11.30 pagi tadi.

“Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE