Mangsa, Muhammad Salahuddin Abdul Nasir , 12, murid  Sekolah Kebangsaan Santong dikejarkan ke Hospital Dungun sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala terenganu untuk rawatan lanjut ekoran keadaannya yang kritikal.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Baharuddin Abdullah ketika dihubungi memberitahu, dalam kejadian pukul 7.15 pagi itu, mengalami kecederaan parah di kepala manakala ibunya, Noor Azizah Talib, 48 , dan  Najwa Adawiah Abdul Nasir , 11 , hanya mengalami kecederaan ringan.

Menurutnya, kejadian berlaku di satu laluan lurus  ketika  Noor Azizah  dalam perjalanan menghantar dua orang anaknya itu untuk ke sekolah.

 “Motosikal yang ditunggang ibu mangsa dikatakan secara tiba - tiba menukar haluan ke kanan untuk membuat pusingan U, lalu dirempuh oleh kenderaan dari arah belakang yang tidak sempat mengelak,” ujar beliau. - UTUSAN ONLINE