Mayat kanak-kanak kelima ditemukan
Mangsa kelima ini ditemukan pasukan penyelamat pada pukul 12.20 malam tadi. - UTUSAN ONLINE

Mangsa, Amirul Hakimi Khairul Amru, 9, ditemukan pasukan penyelamat pada pukul 12.20 malam tadi.

Penemuan ini menjadikan sebanyak lima mangsa berjaya ditemukan dengan dua lagi masih hilang.

Mayat Amirul Hakimi telah diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Suprintenden R. Supramaniam, usaha mencari dan menyelamat dua lagi mangsa diteruskan di kawasan Amirul Hakimi ditemukan. - UTUSAN ONLINE


Video oleh MASZUREEN HADZMAN