Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Mohd. Taufiq Abd. Sattar berkata, mayat kesemua mangsa berjaya dikeluarkan daripada sebuah kereta yang terbakar.

Jelasnya, bagaimanapun identiti kesemua mayat itu masih belum dikenalpasti.



“Dalam operasi menyelamat, kita menemui empat mayat orang dewasa dan seorang bayi yang hangus di dalam kereta tersebut.

“Bagaimanapun, mayat bayi itu ditemui dalam keadaan tertindih di bawah mayat lain,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini

Tambahnya, kerja-kerja menyelamat mangsa kini sedang dijalankan. - UTUSAN ONLINE