Dalam kejadian kira-kira pukul 7.59 pagi itu, mangsa, Mohamad Fandi Rosli, 26, meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 134 Lebuh Raya Utara Selatan dari Seberang Jaya menghala Kepala Batas.

Kemalangan itu turut melibatkan sebuah Proton Gen2, Proton Preve dan sebuah van pekerja, dan turut menyebabkan kesesakan teruk sehingga 1 kilometer di kedua-dua arah kerana ia berlaku ketika orang ramai berpusu-pusu keluar ke tempat kerja.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan remaja perempuan berkenaan telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Tambah beliau, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE


Video MEDIA SOSIAL