Video oleh AZRUL RADI

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.44 petang itu, mangsa yang berusia 43 tahun baru sahaja selesai kerja di lokasi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Muhammad Azlin Sadari berkata, terdapat beberapa lagi pekerja buruh binaan yang berada di kawasan berkenaan.

"Mangsa berada di atas sebelum lantai secara tiba-tiba runtuh lantas menyebabkan mangsa terjatuh.

"Selepas terjatuh, beberapa besi perancah juga runtuh bersama bancuhan simen sekaligus memerangkap mangsa di bawah," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norizham Mohd Nudin berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 4.44 petang.

"Seramai lima anggota bersama dua pegawai dikerah ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera untuk operasi menyelamat.

"Pasukan Khas Taktikal Operasi dan Penyelamat (STORM) turut digerakkan ke lokadi kejadian untuk mengeluarkan mangsa," jelasnya.

Tambahnya, punca kejadian adalah disebabkan struktur bangunan yang masih belum kukuh hingga mengakibatkan runtuhan. - UTUSAN ONLINE