Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.53 petang dan empat jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebanyak 31 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu, BBP Batu Arang, BBP Rawang dan BBP Tanjung Malim tiba di lokasi kejadian sembilan minit kemudian.

“Api berjaya dikawal pada pukul 4.24 petang. Walau bagaimanapun, pihak bomba sedang cuba memadam kebakaran sepenuhnya kerana bahan mudah terbakariaitu serbuk getah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, tiada mangsa serta kemalangan jiwa dalam kejadian itu.- UTUSAN ONLINE