Mereka ialah isterinya yang berusia 35 tahun dan anak lelaki serta perempuan masing-masing berusia 10 dan 8 tahun serta ibunya berusia 62 tahun.

Difahamkan ketika kejadian kebakaran itu pada pukul 6 pagi tadi, Swee Bok tidak berada di rumah kerana sedang bekerja.

Dalam pada itu, Swee Bok tidak dapat menahan kesedihan ketika tiba di rumahnya pagi tadi ketika kerja-kerja memadam kebakaran dilakukan sehingga terpaksa ditenangkan beberapa jirannya.

Sementara itu, jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, operasi memadam kebakaran kini selesai sepenuhnya dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian. - UTUSAN ONLINE