Ujar Ahmad Fauzan, dia yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju ke Kuala Lumpur mula rasa pelik apabila daripada tiga lorong pada asalnya dijadikan kepada satu lorong.

"Jalan memang sesak di situ dan sewaktu melepasi sebuah jalan yang agak gelap, saya terkejut melihat sekurang-kurangnya ada tiga mangsa telah terbaring di atas jalan.

"Sehubungan itu, saya merakam kejadian ini sekitar pukul 9.10 malam dan kemalangan ini benar-benar baru berlaku," katanya sewaktu menghubungi Utusan Online, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE