Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menerusi kenyataan berkata, nahas pada pukul 9.50 pagi tadi itu berlaku apabila lori membawa muatan barangan harian yang dinaiki mangsa itu dirempuh dari bahagian belakang ketika keluar dari susur Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Rawang.

"Akibat daripada pelanggaran itu kelindan lori,  N. Premkunar, 27. telah tersepit dan disahkan mati ditempat kejadian sementara pemandu lori berkenaan, G. Sujhakgar, 24, patah kaki kanan sementara pemandu sebuah lagi lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Mangsa telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh bagi urusan bedah siasat. Siasatan lanjut sedang dijalankan dibawah Sek 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya hari ini.

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi akaun Twitternya memaklumkan, kemalangan itu telah mengakibatkan hampir kesemua lorong terhalang.

“Maklumat awal kemalangan kereta dan lori di KM437 selatan dari arah Sungai Buaya ke Rawang. Trafik perlahan.

“Status kemalangan kereta dan lori di KM437.2 selatan dari Sungai Buaya ke Rawang. Lorong kanan, tengah dan kiri terhalang. Trafik perlahan sepanjang 4KM, Pandu berhati-hati,” katanya. - UTUSAN ONLINE