Petronas turut menjelaskan, tiada sebarang kecederaan yang dialami oleh kakitangan dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam tadi di loji kendalian Petronas Penapisan (Terengganu) Sdn Bhd.itu.

Pasukan Respons Kecemasan kilang penapisan itu bertindak serta-merta dan api dapat dikawal serta dipadamkan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kerteh kira-kira pukul 10 malam.

“Petronas Penapisan Terengganu sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengenal pasti punca kebakaran,” ujar Petronas dalam satu kenyataan. - UTUSAN ONLINE