Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, ibu mangsa, Siti Sarta Mohd. Azmi, 26, parah selepas melecur hampir 50 peratus di seluruh badan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang [email protected] Radsung ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.35 pagi sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi memadam api.

"Tiga jentera dengan kekuatan seramai 22 anggota dari BBP Penampang dibantu oleh BBP Kota Kinabalu digerakkan ke lokasi kebakaran sebaik menerima panggilan orang awam.

"Berdasarkan maklumat awal, kebakaran ini membabitkan empat buah rumah dengan salah sebuah rumah hangus terbakar," katanya di sini hari ini.

Menurut Zainal, mayat mangsa sudah diserahkan kepada polis manakala wanita itu telah mendapatkan rawatan awal oleh kenderaan Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS) sebelum dibawa ke hospital berdekatan untuk tindakan lanjut.

" Operasi memadam berjaya ditamatkan pada pukul 7.15 pagi. Punca dan jumlah kerugian dalam kebakaran ini masih disiasat, "katanya. - UTUSAN ONLINE