Bapa saudaranya, Misuri Jum’ada, 39 berkata, jenazah yang merupakan mangsa pertama ditemukan pada 9.51 malam tadi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Paya Jaras Ulu.

"Buat masa ini, adik saya, Rapawi Jum’ada, 37, iaitu bapa kepada Jamaluddin masih belum ditemukan lagi.

"Saya tidak melihat apa-apa perubahan sebelum ini kerana tidaklah selalu berjumpa. Mereka memang ada pergi memancing di kawasan itu pada waktu cuti," katanya ketika ditemui di Forensik Hospital Sungai Buloh dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.