Presiden KMJ, Mohamad Fauzi Ishak berkata, pihaknya menyasarkan kutipan sebanyak RM50,000 sebagai permulaan bagi membantu pembinaan semula sebuah masjid yang musnah akibat kejadian tersebut.

"Masjid tersebut merupakan sebuah masjid yang bersejarah dan sudah berusia lebih 100 tahun, dimana ia mengalami kerosakan lebih 80 peratus akibat gempa bumi lalu.

"Sungguhpun demikian, penduduk sekitar masih menggunakannya kerana tiada masjid lain yang berdekatan kawasan mereka," ujarnya dalam sidang akhbar yang diadakan di pusat beli belah [email protected] di sini, sebentar tadi.

Sumbangan boleh dibuat menerusi 10 tabung yang diletakkan di kawasan strategik sekitar bandar raya ini ataupun melalui nombor akaun Maybank 551016711699 atas nama Kelab Media Johor. - UTUSAN ONLINE


Video oleh RAJA JAAFAR ALI