Video oleh ABD. RAZAK AID

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pendidikan dan Kesihatan negeri, Datuk Shamsulkahar Mohd. Deli berkata, jabatan tersebut juga meneliti jenis aktiviti yang berlangsung di padang sekolah berkenaan hingga menyebabkan kejadian tragis itu berlaku.

“Jabatan itu sudah menetapkan peraturan bagi kontraktor menjalankan kerja-kerja pembersihan di setiap sekolah termasuk waktu dan situasi yang bersesuaian.

“Perkara ini yang kita mahu siasat sama ada kontraktor terlibat mendapat kebenaran atau sebaliknya untuk memotong rumput di padang sekolah itu,” katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), di sini hari ini.

Mangsa, Nur Afini Roslan, 14, maut manakala dua pelajar lelaki cedera selepas dilibas bilah pisau mesin rumput dari sebuah traktor di padang sekolah itu.

Dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, Nur Afini meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua pelajar lelaki berumur 13 dan 14 tahun cedera di bahagian belakang kepala dan telinga. - UTUSAN ONLINE