Difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, mangsa Wong Thim Cheong meletakkan keretanya di belakang kenderaan suspek dan minum di bahagian luar sebuah kedai makan berhampiran.

Akibat kejadian, mangsa yang menyedari kejadian selepas terdengar rempuhan pertama mengalami kerugian kira-kira RM15,000.

Ketua Polis daerah, Superintenden Yusof Unis berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu mangsa difahamkan meletakkan keretanya seketika untuk bertemu dengan rakannya.

“Siasatan awal mendapati Thim Chong meletakkan kenderaan di belakang kereta suspek sehingga menghalang kereta suspek keluar daripada tempat letak kereta.

“Tindakan berkenaan menyebabkan suspek berang dan merempuh kenderaan mangsa sebanyak lima kali secara mengudur,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya pihak polis telah mengambil keterangan daripada kedua-dua pemilik kenderaan dan suspek ditahan bagi membantu siasatan. - UTUSAN ONLINE