Van sebuah sekolah menengah yang dinaiki tiga lelaki termasuk dua pelajar dan sebuah Perodua Kancil dinaiki dua wanita, remuk akibat kejadian itu.

Pemandu van terbabit dan seorang pelajar berusia 17 tahun yang duduk di bahagian depan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi pelajar yang di belakang cedera parah.

Dua wanita yang menaiki kereta terbabit turut cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) .

Pihak bomba dengan kekuatan 14 anggota yang dibantu penduduk setempat mengambil kira-kira satu jam mengeluarkan kelima-lima mangsa yang tersepit . - UTUSAN ONLINE