Warga tempatan, M. Jamil Amin, 54, dan warga asing tersebut, Muhammad Faisal, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan selesai dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohd. Zaki Abd. Rahman dan Majistret K.B. Elena Hong Tze Lan.

Berdasarkan pertuduhan, M. Jamil yang merupakan seorang peniaga di­­dakwa memiliki 1,980 peket rokok putih dan kre­tek pelbagai jenama, bernilai RM3,081.60 di sebuah rumah di Taman Dusun Setia, Seremban pada pukul 11.30 pagi, 15 Mei lalu.

Mohd. Zaki memerintahkan tertuduh didenda RM45,000 atau penjara 10 bulan selain barang rampasan kes dilucutkan hak untuk dilupuskan.

Sementara itu, Muhammad Faisal didakwa terlibat mengangkut 1,300 peket rokok putih dan kretek pelbagai jenama bernilai RM2,285.60 menggunakan kereta jenis Proton Wira di bahu jalan Persiaran Dato’ Wan, Seremban pada pukul 5.40 petang, 15 Mei lalu.


Video oleh ABD. RAZAK AID

Elena Hong memerintahkan tertuduh dipenjara sehari dan didenda RM23,000 atau penjara 10 bulan serta barang rampasan kes termasuk kereta tersebut dilucutkan hak.

M. Jamil dan Muhammad Faisal masing-masing didakwa mengikut Seksyen 135(1)(d) dan 135(1)(e) Akta Kastam 1967, yang kedua-duanya boleh dihukum di bawah Seksyen 135 (1)(iii)(aa) akta tersebut yang membawa hukuman denda sehingga 20 kali nilai barang atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Amirul Syafiq Mahadi manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. Kedua-dua tertuduh membayar denda masing-masing.