Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, pihaknya menerima panggilan daripada pihak hospital bagi membantu mengeluarkan cincin di jari mangsa.

“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng digerakkan bagi memotong cincin berkenaan.

“Operasi terus dijalankan menggunakan peralatan pemotong cincin dengan berhati-hati,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, cincin itu berjaya dipotong dengan hanya mengambil masa kira-kira dua minit.

“Seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Operasi ditamat sepenuhnya pada pukul 11.28 pagi tadi,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE

Video oleh MD AZRIN ROSLY