Laskar Kanan Komunikasi Mohd. Zaidi Rahim berkata, mereka terpaksa mencatu bekalan air kerana bimbang gagal ditemukan untuk jangka panjang.

Selepas dihanyutkan arus, katanya, mereka menunggu ketibaan KD Perdana namun perkara berkenaan tidak berlaku.

“Kami bergantung kepada air sahaja untuk tenaga. Bayangkan kami sembilan orang perlu berkongsi satu botol air.

“Pelbagai perkara bermain di fikiran sepanjang tempoh itu dan kami amat bersyukur serta gembira apabila dapat bertemu keluarga tersayang hari ini,” katanya ketika ditemui di Pangkalan Tentera Laut Diraja (TLDM) Tanjung Gelang di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE