Video ihsan JBPM CENEH

Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba, Muhammad Hasbullah Halipah berkata, kesemua mangsa yang berasal dari Kampung Paman Jalan Ibok dekat sini memasuki hutan itu pagi semalam dan terpaksa bermalam di rumah kongsi pembalakan yang ditinggalkan.

Menurut Muhammad Hasbullah, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.45 petang tadi dan terus melancarkan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang terdiri daripada Kamal Bahrin Mohd. Samsir,32, Mohd. Khairul Azli Zamli,22, Mohd. Kharul Azri Zamli,18, dan Mohd. Afiq Hakimi Zamli,16.

"Disebabkan jalan masuk ke hutan simpan itu dinaiki air, kami terpaksa menggunakan bot melalui Sungai Cerul ke lokasi mangsa sejauh 40 kilometer dan mereka dibawa keluar kira-kira pukul 6.30 petang ini," ujarnya. - UTUSAN ONLINE