Video Oleh SYEFRY MONIZ MOHD. NIZAR

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata, bom yang mepunyai ukur lilit 1.14 meter dan panjang 1.22 meter itu dimusnahkan oleh unit pemusnah bom menerusi tiga letupan.

Menurutnya, seramai 40 pegawai dan anggota Unit Pemusnah Bom Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan Bukit Aman menjalankan operasi memusnahkan bom di tempat bom tersebut ditemukan.

"Persediaan untuk mengurangkan impak letupan dimulakan pada pukul 11 pagi sehingga 3 petang.

"Tiga letupan dilakukan iaitu pada pukul 3.35, 4.22 dan 5.15 petang bagi memastikan bom tersebut dimusnahkan sepenuhnya," katanya, di sini hari ini.

Menurutnya, impak daripada letupan bom tersebut dapat didengari dalam lingkungan lima kilometer. - UTUSAN ONLINE