Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kejadian berlaku di hadapan bangunan Risda Jalan Ampang sebelum berakhir di simpang Jalan Ampang, di sini.

“Semua mangsa ketika ini membuat laporan polis manakala pemandu bas terbabit kini berada di Hospital Ampang untuk menerima rawatan,” katanya, di sini hari ini.

Sebuah video tular dalam media sosial malam tadi menunjukkan seorang penunggang motosikal sedang mengejar sebuah bas henti-henti.

Menerusi rakaman itu, bas tersebut dilihat berada dalam keadaan laju dan dipandu dengan berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan.

Seorang pemilik akaun Facebook, Azri Arip yang memuat naik video tersebut mendakwa kenderaan itu merempuh sebuah kereta dan mengakibatkan kereta terbabit melanggar gerai burger miliknya.

Dakwanya lagi, rempuhan tersebut menyebabkan ibunya yang ketika itu sedang memangku bayi berusia dua bulan terpelanting.

Lelaki itu juga dikatakan telah mengejar bas tersebut dari Keramat AU2, di sini sehingga ke simpang Jalan Ampang menghala Lebuh Raya MRR2 dengan berkaki ayam dan tidak memakai baju. - UTUSAN ONLINE