Video dari MEDIA SOSIAL

Banjir kilat itu berlaku ekoran hujan lebat yang bermula kira-kira pukul 4 petang dipercayai menyebabkan air bertakung di satu kawasan pembinaan dan melimpah ke lebuh raya terbabit.

Orang ramai yang menggunakan lebuh raya tersebut mula menularkan kejadian tersebut seawal pukul 5.15 petang di laman-laman sosial termasuk Facebook dan Twitter.

Seorang netizen, Farezzul Fauzi kira-kira pukul 5.30 petang di Facebook menyatakan laluan tersebut digenangi air dan sukar dilalui oleh kenderaan.

Orang ramai melalui media sosial turut menasihatkan pengguna lebuh raya yang pulang bekerja supaya mencari laluan alternatif lainekoran kesesakan lalu lintas di sana semakin bertambah teruk. - UTUSAN ONLINE