Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Hamsa Isnurdini berkata, api yang marak membakar sepenuhnya tingkat dua bangunan itu yang menempatkan bilik asrama pelajar lelaki.

Katanya, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan selepas semua penghuninya berjaya melarikan diri ke tempat selamat.

“Bomba terima panggilan pada pukul 7.33 pagi dan telah menghantar empat buah jentera dengan kekuatan 56 orang daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Kota Kinabalu dan Lintas.

“Bomba dapat mengawal kebakaran lebih kurang 25 minit selepas kejadian pagi tadi. Semua berjaya menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian pagi ini. - UTUSAN ONLINE