Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Ambulan dilanggar kereta gagal berhenti di persimpangan

Ambulan nahas
KEADAAN ambulan yang dilanggar sebuah kereta yang tidak memberi laluan kepadanya di Jalan Song Ban Kheng, Bukit Mertajam pagi ini. - MEDIA SOSIAL

BUKIT MERTAJAM 6 Sept. - Sebuah ambulan yang sedang dalam perjalanan untuk mengambil pesakit dilanggar sebuah kereta yang tidak berhenti di lampu isyarat Jalan Song Ban Kheng dekat sini pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi itu, ambulan milik pusat perubatan swasta terbabit yang datang dari arah Pusat Perniagaan Gemilang dipercayai dalam perjalanan untuk mengambil pesakit di rumahnya di Taman Merak dekat Simpang Ampat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, sebuah kereta yang datang dari arah kiri tidak memberi laluan kepada ambulan itu lalu merempuhnya.

Menurutnya, rempuhan kuat itu menyebabkan ambulan itu terbabas lalu melanggar sekumpulan penunggang motosikal yang berhenti di persimpangan lampu isyarat itu.

“Akibat rempuhan itu dua buah motosikal mengalami kerosakan selain penunggangnya cedera dan dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk rawatan.

“Kes ini disiasat di bawah Peraturan 17 LN167/59 kerana melanggar lampu isyarat,” katanya.

Kejadian itu turut dirakam oleh pengguna kereta menggunakan kamera papan pemuka. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain