Video ihsan youtube/Ahmad Zahid Hamidi

Beliau tiba di Pangkalan Udara Butterworth pada 10.20 pagi dan disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Lim dilihat memeluk Ahmad Zahid, sejurus Timbalan Perdana Menteri turun dari helikopter.

TPM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi disambut Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebaik tiba untuk melawat kawasan banjir di Pangkalan Udara Butterworth, hari ini. - UTUSAN ONLINE/fotoBERNAMA

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dan berperanan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bencana Negara kemudian melawat mangsa banjir di pusat pemindahan Dewan Guar Perahu di kawasan Parlimen Permatang Pauh yang menempatkan seramai 365 mangsa banjir.

Beliau berkesempatan beramah mesra dengan mangsa-mangsa banjir di situ sambil bertanyakan sama ada kemudahan yang disediakan di pusat pemindahan mencukupi.

TPM

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bertanya khabar kepada salah seorang warga emas yang tinggal sementara di pusat pemindahan setelah kediamannya dinaiki air mengunjungi mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, hari ini. - UTUSAN ONLINE/SAZALI CHE DIN

Ahmad Zahid kemudian melawat pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Padang Menora di kawasan Parlimen Tasek Gelugor dan Sekolah Kebangsaan Bertam Indah di kawasan Parlimen Kepala Batas.

TPM

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bertanya khabar kepada salah seorang warga emas yang terlantar di pusat pemindahan mangsa banjir di Dewan Banjir Guar Jering, Permatang Pauh, Pulau Pinang, hari ini. - UTUSAN ONLINE/SAZALI CHE DIN

Hampir keseluruhan Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa kawasan ditenggelami air antara 0.2 dan satu meter, diikuti angin kencang dan hujan lebat sejak pukul 2 petang Khamis yang turut menumbangkan puluhan pokok.

Hingga kini, banjir di Pulau Pinang meragut tujuh nyawa. - BERNAMA