Dalam kejadian yang bermula kira-kira pukul 12.54 pagi, tujuh lori 10 tan dan dua treler itu diletakkan di kawasan tempat letak kenderaan di luar pagar kilang tersebut.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri berkata, sepasukan pegawai dan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima.

“Setibanya pasukan bomba di kawasan kejadian mendapati api sedang marak membakar tujuh lori yang penuh berisi kotak dan dua treler yang diletakkan di kawasan terbuka di luar pagar kilang tersebut.

“Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira pukul 5 pagi,” katanya sambil menjelaskan tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku dalam kebakaran itu.

Menurutnya, setakat ini siasatan mengenai punca kebakaran dan jumlah sebenar kerugian sedang disiasat. - UTUSAN ONLINE