Kejadian yang bermula kira-kira pukul 4 petang itu melibatkan hampir 10 kampung antaranya Kampung Alor Teja, Kampung Alor Buluh, Kampung Gelam dan Kampung Alor Gandak.

Menurut salah seorang penduduk Kampung Alor Teja, Mohammad Tajuddin Abdul Majid, 56, ketika ketika kejadian dia bersiap untuk ke masjid bagi menunaikan solat Asar.

“Kejadian itu berlaku terlalu pantas, tak sampai dua minit pun. Tiba-tiba saja saya lihat keseluruhan bumbung di ruang tamu diterbangkan angin ke kawasan bendang berdekatan.

“Ketika itu saya bersama isteri dan tiga anak berlindung di ruang dapur sambil berdoa agar tiada perkara lebih buruk berlaku,” katanya. - UTUSAN ONLINE