Antara kawasan terlibat ialah Jalan Tun Razak, Jalan Pahang, Jalan Kuching, Jalan Semantan, Jalan Maarof, Jalan Dutamas dan Jalan Tuanku Abdul Halim.

Turut dinaiki air ialah Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Putra, Jalan Masjid India, Jalan Tun Ismail, Jalan Genting Klang dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur, Shahrizal Samsudin berkata, banjir kilat turut menyebabkan 15 kenderaan yang diletakkan di tempat letak kereta bawah tanah di bangunan Bank Muamalat, Jalan Melaka ditenggelami air sedalam 1.2 meter.

“Sehingga pukul 6.30 petang ini, kesemua kenderaan tersebut masih tersadai di lokasi kerana mengalami kerosakan.

“Berikutan itu, usaha mengeluarkan air menggunakan pam angkut giat dijalankan bagi membolehkan semua kenderaan yang terlibat dialih­kan,” katanya di sini.


Video ihsan MEDIA SOSIAL