Beliau antara yang terawal tiba di lokasi kejadian menceritakan perasaannya jadi tidak menentu apabila melihat  banyak darah di lokasi kemalangan ketika hujan dan mula membayangkan kemungkinan cukup buruk tentang nasib 14 pelajar di dalamnya.

"Namun setelah diperiksa dan diteliti, keadaan kesemua mangsa tidak begitu serius sebagaimana disangka, walaupun ada yang cedera tetapi tidak parah, dan ini sangat melegakan saya.

"Berdasarkan penjelasan pegawai perubatan bertugas, memang kelihatan banyak darah di tempat kejadian tetapi sesudah bercampur dengan air hujan, dan daripada  hanya dua pelajar dan pemandu van sekolah itu yang cedera.

 Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas merasmikan majlis Anugerah Pembestarian Sekolah Negeri Terengganu 2018 di Dewan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu (BTPNT) di sini hari ini.

Nahas berlaku kira-kira pukul 6.15 pagi ketika van sekolah itu bersama kenderaan pacuan empat roda itu dalam perjalanan menghala pusat bandar raya dari Gong Badak dan setiba di lokasi kejadian, kedua-dua kenderaan itu dikatakan bergesel sebelum terbabas.

Van  yang membawa semua pelajar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Cina  Chung Hwa Wei Sin itu kemudian berpusing-pusing sebelum merempuh tiang sebuah kedai di tepi jalan dan kemudianya terbalik.

Sementara itu,Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Terengganu, Superintendan Abd Razak Hasan memberitahu, kenderaan pacuan empat roda itu cuba mengelak sebuah kenderaan lain sebelum bergesel dengan van sekolah tersebut.

Mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk mendapatkan rawatan.

Salah seorang pelajar, Leong Yang Yuan, 15, menceritakan ramai rakan tidur semasa insiden berlaku.

"Saya terbangun kerana cahaya lampu dan selepas itu saya dapati bas kami terbalik.

"Kami amat terkejut dan takut ketika itu," kata pelajar tingkatan 3 yang  luka di tangannya. - UTUSAN ONLINE