Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, kemalangan kira-kira pukul 10.35 pagi tersebut menyebabkan pegawai keselamatan van cedera ringan manakala seorang lagi lelaki iaitu pemandu van dan seorang pe­rempuan berusia 44 tahun yang me­rupakan pemandu kereta tidak me­ngalami kecederaan.

Menurutnya, pemandu kereta berkenaan telah membuat laporan polis di Kota Damansara berhubung kejadian terbabit dan berdasarkan laporan itu, van keselamatan tersebut memasuki di hadapan laluan kereta itu.

“Ini menyebabkan pemandu kereta tersebut tidak dapat mengelak sebelum melanggar van tersebut dari arah belakang dan van itu terbabas hingga melanggar pembahagi jalan lalu terbalik.

“Wang di dalam van tersebut sudah dialihkan ke van lain dengan selamat. Kes masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.