Menurut jurucakap bomba, kemalangan pada pukul 4 pagi itu menyebabkan pemandu van yang merupakan rakyat tempatan dan seorang rakyat Rohingya yang duduk di kerusi penumpang patah kaki.

Beliau berkata, 12 rakyat Rohingya yang lain selamat.

“Kejadian berlaku semasa van dalam perjalanan dari arah utara menghala ke Kuala Lumpur.

“Kami menerima panggilan pada pukul 4.09 pagi dan setibanya jentera di tempat kejadian didapati kesemua mangsa termasuk yang cedera telah dikeluarkan oleh orang awam dan mendapat rawatan daripada pihak ambulans sebelum dihantar ke hospital,” katanya.

Kata beliau, 12 lagi rakyat Rohingnya diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan lanjut. - UTUSAN ONLINE