Namun mayat Chang Shan Rong, 41, itu tidak terjejas walaupun keranda dan kenderaan tersebut terbakar hampir 100 peratus.

Kadian kira-kira pukul 9 pagi itu dikatakan berlaku ketika van yang membawa mayat lelaki itu singgah di sebuah kedai buku untuk membuat salinan dokumen kematian tersebut.

Ketika pemandu dan kelindan turun dari van tersebut, secara tiba-tiba kenderaan itu dikatakan terbakar tanpa diketahui puncanya.

Van itu dipercayai dalam perjalanan dari

bilik mayat Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini menuju Wat Ariyakiri, Pauh Lima, Bachok untuk dibakar.

Seorang saksi dikenali sebagai Chia ketika ditemui di tempat kejadian berkata, kebakaran itu itu berlaku dengan pantas dan pemandu van serta orang ramai tidak dapat menyelamat keranda tersebut.

“Saya tidak pasti punca kejadian itu berlaku dan beberapa minit kemudian anggota bomba dan penyelamat tiba memadamkan kebakaran,” katanya.

Dalam pada itu Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darulnaim, Tengku Marzuki Tuan Mat ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 9.37 pagi dan sejurus tiba di tempat kejadian, pihaknya mendapati kenderaan jenis Nissan Venette itu sedang terbakar.

“Pihak kami memadamkan kebakaran menggunakan air dari tangki jentera melibatkan dua jentera melibatkan 13 anggota bomba dari Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Darulnaim dan Tunong.

“Namun van tersebut telah hangus terbakar sebanyak 100 peratus dan pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan. Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya. - UTUSAN ONLINE