Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat negeri, Tiong Ling Hii, pihaknya menerima maklumat kebakaran tersebut pada pukul 1.33 petang tadi.


Katanya, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah digerakkan dengan tujuh anggota ke lokasi kejadian.


“Setibanya di lokasi, rumah separuh kekal itu telah terbakar sekitar 90 peratus dan api berjaya dikawal pada pukul 2.20 petang.


“Bagaimanapun, difahamkan terdapat seorang penghuni warga emas lelaki berada di rumah itu semasa kejadian berlaku dan usaha-usaha pencarian sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.-UTUSAN ONLINE-