Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada pukul 11.30 pagi.

Menurutnya, mangsa dijumpai pada pukul 4.22 petang pada ketinggian 1,000 meter dari kaki Gunung Kenderong dalam keadaan separuh sedar.

“Ketua operasi memohon bantuan unit udara bomba untuk membawa mangsa turun ekoran kecederaan yang dialaminya.

“Unit udara menurunkan mangsa di kawasan lapang pada pukul 5.38 petang dan diserahkan kepada ambulans Hospital Gerik untuk tindakan selanjutnya,” katanya. - UTUSAN ONLINE