Misi bantuan dengan nama ‘UniKL [email protected] Mission’ itu menyasarkan kerja-kerja pembersihan kawasan awam di sekitar Seberang Prai.

Presiden UniKL, Prof. Datuk Dr. Mazliham Mohd. Su’ud berkata, penghantaran sukarelawan seperti itu merupakan kesinambungan misi terdahulu ketika banjir besar di pantai timur pada tahun 2014 dan 2015.

“Alhamdulilah walaupun dalam masa yang singkat, hasrat UniKL untuk membantu mangsa banjir di kawasan terlibat berjaya direalisasikan. Daripada 300 sukarelawan itu, sebanyak 276 merupakan pelajar kita dari 12 kampus seluruh Malaysia.

“Kesemua yang menyertai program ini menyertainya secara sukarela tanpa sebarang paksaan dari pihak universiti. Untuk memastikan kejayaan sesuatu misi, keikhlasan itu penting dan itu yang kita mahu daripada mereka (sukarelawan),” ujarnya ketika ditemui pemberita selepas pelepasan konvoi sukarelawan di Kampus UniKL-British Malaysia Institute, Gombak, dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE