Baginda yang tiba kira-kira pukul 1 petang meluangkan masa kira-kira 20 minit untuk bertanyakan khabar mangsa banjir di pusat pemindahan sementara itu.

Meskipun dalam keadaan tangan kanan baginda yang memakai anduh, Tunku Azizah tetap melawat mereka dan memberikan nasihat kepada mangsa banjir terlibat.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis, Datuk Khairuddin Mahmud.

Seramai 42 mangsa banjir daripada.19 keluarga dari Kampung Sri Damai ditempatkan di pusat pemindahan sementara berkenaan. - UTUSAN ONLINE