Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Mohamad Idris berkata, insiden itu menyebabkan pekerja terbabit terdedah pada merkuri daripada alat tersebut yang tumpah di lantai Klinik Pakar HTJ.

“Pihak hospital memaklumkan bomba mengenai kejadian itu dan seramai dua pegawai serta lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat Seremban dikerahkan memberi bantuan.

“Tujuh pegawai dan anggota Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 turut bergegas ke hospital itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohamad berkata, pegawai dan anggota bomba terlibat mengambil masa kira-kira satu jam untuk menstabil dan membersihkan tumpahan merkuri tersebut.

Katanya, kelima-lima pekerja am terbabit bagaimanapun didapati tidak mengalami sindrom berbahaya, namun telah diminta menjalani pemeriksaan kesihatan.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, keracunan merkuri boleh mengundang masalah kesihatan yang serius termasuk kanser. - UTUSAN ONLINE