Difahamkan, mangsa, Aztuti Tarmidji, 35, sedang membersihkan mesin tersebut sebelum tangan kirinya tiba-tiba tersepit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Timbalan Penguasa Bomba Ariff Mohamed Kassim berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.15 pagi.

“Kita terima panggilan pada pukul 10.26 pagi sebelum tiba di lokasi kejadian 15 minit kemudian.

“Tangan mangsa dikeluarkan dengan menggunakan pemotong hidraulik sebelum dibawa ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini. - UTUSAN ONLINE