Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran yang memusnahkan 80 peratus tingkat bawah rumah tersebut pada pukul 1.54 pagi dan operasi tamat pada 5.10 pagi.

“Tujuh orang mangsa berjaya menyelamatkan diri melalui tingkap di tingkat dua rumah dengan keluasan 75x24 kaki persegi tersebut sebelum pihak bomba sampai di lokasi.

“Seorang mangsa perempuan berumur 13 tahun mengalami kecederaan di bahagian belakang ekoran terjun dari tingkat dua dan sudah dihantar ke Hospital Kajang bagi mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE